Telekung Smocking Annum Collection untuk keperluan Haji & Umrah | Telekung Smocking Jahitan Tangan

 
galeri annum collection

 

Telekung Annum Collection hanya diperbuat dari Kain Kapas bermutu Tinggi.
Kain Kapas Telekung

 

Video Pengenalan Annum Collection

 

Bilangan pengunjung:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ciri Istimewa Telekung Annum: Bahagian Muka

 

Ciri keistimewaan utama Telekung Annum adalah jahitan tangan di bahagian muka yang memberikan pemakai rasa selesa, melekap dan tidak teralih.

 

___

 

Perbezaan ketara Telekung Smocking berbanding telekung biasa adalah pada jahitan tangan di bahagian muka dan dahi. Ciri ini menjadikan telekung terlekap di muka dan secara automatik kain di bahagian kekek dagu dari kain telekung yang sama turut terlekap sama. Telekung smocking jahitan tangan ini amat kemas di bahagian muka, walaupun dipakai tanpa anak tudung. Ini memberikan pergerakan yang yakin dan selesa di tanah suci.

Rahsia di sebalik keistimewaan telekung ini adalah pada seni jahitan smocking yang menjadikan rambut tidak mudah terkeluar dengan sendirinya.

Ajaibnya telekung smocking jahitan tangan yang disedari oleh ibu dan ahli keluarga adalah pada jahitan saiz 'standard' namun setelah dicuba ternyata ianya boleh dipakai oleh hampir semua bentuk wajah yang berbeza saiz.

Keajaiban ini terserlah kerana 90% bentuk muka yang Allah SWT jadikan berdasarkan ukur lilit yang sama. Maka dengan keajaiban inilah Annum Collection (AC) tidak perlu menyediakan telekung dengan saiz S, M, L dan XL seperti yang dijual oleh kebanyakan pengeluar telekung lain di pasaran. Manakala yang berbaki 10% muka yang berbentuk terlebih besar atau kecil turut diberi perhatian oleh pihak AC untuk diubahsuai demi keselesaan si pemakai.

 

Bagi para jemaah yang mempunyai masalah telekung di bahagian muka, kami di AC boleh menyelesaikan masalah tersebut.

 

Dengan keajaiban ini juga muslimat dari pelbagai bangsa dan negara seperti Cameroon (Pelajar UIA), Australia, United Kingdom, Jepun, Brunei dan Arab Saudi memakai Telekung AC dengan kemas dan sempurna.


Telekung buatan AC tidak perlu menggunakan 'getah' di bahagian muka/dahi dan tidak menggunakan kain jenis 'memeri' di bahagian dagu yang mudah longgar dan kerap kali perlu diperbetulkan setiap kali solat. Telekung yang menggunakan getah di bahagian muka akan cepat loggar, sesekali ia akan menutupi bahagian dahi dan boleh memberi kesan kepada kesempurnaan sujud semasa solat. Penggunaan kain 'memeri' di bahagian dagu juga menyebabkan pemakai sentiasa perlu memperbetulkan telekung di bahagian ini.

 

Bagi mereka yang pernah ke tanah suci pasti dapat memahami bagaimana keadaan sesak dan berasak-asak di Raudhah Masjid Nabawi. Keadaan ini sering membuatkan telekung tertarik oleh jemaah lain dan menyebabkan pemakaian tidak lagi sempurna. Walaupun dalam keadaan begini, telekung AC tetap kemas di bahagian muka dan anak rambut tetap tidak mudah terkeluar.

 

Selain daripada mengganggu kesempurnaan sujud ketika solat, bahagian dahi yang tertutup akibat telekung yang longgar ketika dalam ihram juga boleh memberi kesan kepada kesempurnaan ibadat. SIla rujuk dengan ilmuwan agama untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan perkara ini.

 

Telekung smocking jahitan tangan sememangnya amat luar biasa selesa dipakai, menyebabkan ramai pengeluar cuba meniru dan menciplak ilmu ini. Bagi pengeluar yang menjual telekung pada skala yang lebih besar dan kuantiti yang banyak, mereka menggunakan jahitan mesin untuk menghasilkan jahitan ala smocking, tetapi hasilnya pasti tidak memuaskan sebagaimana telekung smocking jahitan tangan.

 

Telekung smocking dengan jahitan yang betul juga tahan lama iaitu melebihi lima tahun – dengan penjagaan yang sempurna.

 

 

 

Copyright Reserved

Malaysia Web Design