Telekung Smocking Annum Collection untuk keperluan Haji & Umrah | Telekung Smocking Jahitan Tangan

 
galeri annum collection

 

Video Pengenalan Annum Collection

 

Telekung Annum Collection hanya diperbuat dari Kain Kapas bermutu Tinggi.
Kain Kapas Telekung

 

Bilangan pengunjung:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengimbau Sejarah Produk dan Perusahaan Telekung Smocking Jahitan Tangan Annum


Allahyarhamah Hjh Norsiah Abu Hassan – Pencetus Ilham Telekung Smocking. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. AlFatihah.


Telekung Jahit Muka Smocking diperkenalkan oleh Allayarhamah Hajjah Norsiah Abu Hassan, iaitu kenalan keluarga kepada pemilik Annum Collection (AC) sekarang, Pn Faridah Hanum pada tahun 1985 di Paroi Jaya, Ampangan, Seremban. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mak Cik Ainon mula membuat telekung jahit muka smocking secara kecil-kecilan dan hanya mengedarkannya di kalangan saudara-mara dan sahabat handai.

 

Pada tahun 1986, ilmu jahitan tangan untuk menghasilkan telekung smocking ini diperturun kepada Hajjah Kamariah Hj Harun, yang merupakan ibu kepada Pn Faridah Hanum, pemilik AC sekarang. Hajjah Kamariah yang pada waktu itu berumur 48 tahun ketika baru pulang dari mengerjakan ibadah haji dapat merasakan keperluan untuk mempunyai telekung yang baik dan selesa terutamanya ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di tanah suci.

Buat pengetahuan pembaca, ibadah haji pada tahun 1980an dikelolakan oleh Arab Saudi dan syarikat tempatan TH Travel S/B masih belum beroperasi. Pakej haji Hajjah Kamariah pada waktu itu adalah “Aziz Khoegger” berharga RM6000++, manakala pakej haji muassasal ditawarkan pada harga RM3000++.

Pada ketika itu Hajjah Kamariah tinggal di No 16 Jalan Dahlia 1, Taman Dato’ Wan, Ampangan, Seremban. Di sinilah bermulanya warisan Telekung Smocking Jahitan Tangan AC.

 

Kain Kapas Telekung

Nostalgia rumah Hjh Kamariah di Taman Dato Wan, Ampangan, Seremban. Dari rumah inilah Hjh Kamariah menerima banyak tempahan telekung dan juga menerima telekung yang dihantar untuk diubahsuai dari lembah klang dan juga dari seluruh Malaysia sejak tahun 1990an.


Pada ketika itu, Allahyarhamah Hajjah Norsiah dan Hajjah Kamariah menerima banyak tempahan dari seluruh Malaysia - sama ada tempahan telekung siap dan ada juga yang menghantar telekung mereka sendiri untuk diubahsuai di bahagian muka untuk dijadikan telekung smocking.

Antara rahsia keselesaan Telekung Smocking Annum sejak dari dahulu adalah kerana ianya hanya menggunakan kain kapas (cotton) berkualiti sahaja. Pada zaman awal Telekung Smocking Annum ini diperkenalkan, kain kapas berkualiti hanya boleh didapati di Kamdar dan juga di kedai India sekitar jalan Tunku Abdul Rahman. Walaupun agak sukar didapati, Telekung Annum tetap menggunakan kain kapas sahaja demi mengutamakan kualiti dan keselesaan pemakai.

 

Setelah mencipta Telekung Smocking, Allahyarhamah Hajjah Norsiah mencipta pula muka telekung jahitan berenda. Jahitan berenda ini tidak memerlukan kemahiran dan ketelitian seperti jahitan smocking. Pada hari ini dapat dilihat banyak pengusaha telekung di pasaran menghasilkan telekung dengan kaedah jahitan berenda yang lebih ringkas dan mudah untuk dihasilkan. Namun kualiti dan keselesaan telekung jenis ini tidak dapat menandingi apa yang ada pada telekung smocking.

 

___


Kenali Pemilik Annum Collection

 

Pemilik AC, Pn Hjh Faridah Hanum ketika menunaikan ibadah haji bersama suami yang merupakan pemilik bersama AC.

 

Pemilik AC, Pn Hjh Faridah Hanum Khairuddin yang dilahirkan pada 6 Mei 1960 di Negeri Sembilan mempunyai pengalaman kerjaya sebagai Akauntan sebelum menumpukan sepenuh masa kepada perusahaan Telekung Smocking. Beliau berkahwin dengan Md Zali Abd Samad yang lebih kurang sebaya dengannya (10 Mac 1960). Tn Hj Md Zali juga merupakan bekas akauntan tetapi kini berkecimpung sepenuh masa dalam bidang pelancongan.

Pada tahun 2000, AC membuka butik di Jalan Hamzah, Kg Baru. Fokus utama jualan AC pada ketika itu hanyalah pada baju kurung yang dijahit manik di bahagian leher dan lengan baju. AC menngunakan manik yang bermutu tinggi dari Jepun yang dikenali sebagai 'matsuno beads' dan pernah berada di Jepun pada awal 1990an.

Pada awal 2006, Pn Faridah telah meletakkan jawatan akauntan dari syarikat Tradewinds kerana pada ketika itu beliau telah mengalami kekangan masa akibat menguruskan kewangan anak syarikat yang beroperasi di kota London. Beliau telah mengambil keputusan nekad untuk bersara dari profession akauntan yang telah diceburi sejak sekian lama dan meneruskan warisan ibu secara komersial. Bermula dari situlah beliau dengan komited memulakan perniagaan butik dari rumah dan turut dipasarkan secara online.

Sejak sekian lama, Telekung AC hanya menggunakan kain kapas (cotton) sahaja, yang kebanyakannya adalah berasal dari India. Takdir Allah swt telah menemukan Pn Hjh Faridah secara berkebetulan dengan seorang wanita dari India yang sering bersolat bersebelahan di Masjidil Haram ketika menunaikan ibadah haji. Wanita India ini juga mempunyai nama yang mirip, iaitu Fareeda. Keluarga beliau mempunyai kilang kain kapas dan textail mall di salah satu bandaraya terbesar di India.

Takdir ini telah memberikan satu nilai tambah (added value) kepada AC, yang mana sehingga kini AC tidak mengalami kesukaran untuk mendapatkan kain kapas bermutu tinggi dari India.

Pn Hjh Faridah juga amat bersyukur kerana mempunyai keluarga angkat di Indonesia yang juga menjadi rakan kerjasama perniagaan selama hampir 15 tahun. Rakan perniagaan Indonesia ini juga mempunyai perniagaan mengeluarkan kain-kain kapas yang berkualiti untuk menghasilkan telekung, jubah lelaki & perempuan. Selain itu mereka juga menyediakan renda-renda yang berkualiti, menarik dan panjang. Ini memudahkan Pn Hjh Faridah memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan telekung yang ekslusif dengan corak yang terhad dan unik.

 

Pn Hjh Faridah Hanum & Ibunya, Pn Hjh Kamariah memadankan telekung dan jubah annum ketika menunaikan ibadah umrah di tanah suci. Produk AC adalah untuk mereka yang mementingkan penampilan yang tetap ekslusif ketika menjadi tetamu Allah swt.

 

Sejak 30 tahun dahulu, Hjh Kamariah (ibu Pn Hjh Faridah) memastikan telekung dipotong mengikut teknik yang betul bagi menghasilkan telekung berkualiti dan mempunyai ukuran seragam. Telekung yang mempunyai ukuran dan potongan yang baik adalah apabila dipakai, telekung ini akan 'jatuh' dengan cantik & bulat pada pemakai. Potongan telekung yang betul juga menjadikan ukurannya nampak sekata apabila dipakai, tidak kelihatan panjang di depan dan pendek di sisi, atau sebaliknya.

 

Kini, usaha ini diteruskan lagi oleh Pn Hjh Faridah bagi memastikan kualiti telekung Annum berterusan. Pn Hjh Faridah akan menyediakan reka bentuk pola untuk telekung yang akan dihasilkan dan pola ini akan dibekalkan kepada ratusan tukang jahit di Indonesia. Dengan cara ini, Pn Hjh Faridah dapat mengawal dan memastikan kualiti potongan kain untuk telekung adalah seperti yang diinginkan. Inilah usaha yang digarapkan oleh Pn Hjh Faridah sejak 2005 lagi sewaktu mula-mula menguruskan perniagaan AC secara sepenuh masa sehingga kini.

 

Kebolehan menjahit adalah bakat yang dianugerahkan Allah kepada Pn Hjh Faridah. Beliau tidak pernah mengambil imlu menjahit melalui pembelajaran formal melainkan cuma diwarisi daripada ibunya Hjh Kamariah. Kesemua telekung AC yang ada di pasaran mempunyai sentuhan peribadi (personal touch).

 

Pn Hjh Faridah adakalanya menjahit sendiri telekung yang ingin dijual bagi mengurangkan kos upah. Pengurangan kos ini membolehkan telekung Annum dijual pada harga yang lebih murah agar tidak membebankan pembeli. Pn Hjh Faridah menganggap ini sebagai sedekah buat pelanggan-pelanggannya.

 

Pn Hjh Faridah benar-benar berharap agar perniagaannya ini dapat membantu ramai muslimah di luar sana untuk mendapat telekung yang paling berkualiti untuk ibadat seharian, lebih-lebih lagi untuk dipakai ketika kunjungan di tanah suci. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan dan kebaikan di sisi Allah swt. Pada usianya yang kini dalam umur 50an, beliau berharap perniagaannya ini lebih berkonsepkan kebajikan daripada mengejar keuntungan semata-mata.

 

___

 

Copyright Reserved

Malaysia Web Design