Telekung Smocking Annum Collection untuk keperluan Haji & Umrah | Telekung Smocking Jahitan Tangan

 
galeri annum collection
Fabrik Telekung

 

Video Pengenalan Annum Collection

 

Telekung Annum Collection hanya diperbuat dari Kain Kapas bermutu Tinggi.
Kain Kapas Telekung

 

Bilangan pengunjung:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemilihan Fabrik Telekung Annum Collection

 

Annum Collection hanya memilih kain kapas terbaik daripada India dan Indonesia untuk dijadikan telekung smocking untuk kualiti yang terbaik.

 

___

Jenis kain kapas (cotton) yang disediakan oleh Annum Collection (AC):

 

 

Kesemua telekung AC adalah dari fabrik jenis kapas (cotton) SAHAJA kerana hanya fabrik jenis ini yang boleh memberikan kesan keselesaan dan rasa nyaman walaupun dalam keadaan cuaca panas. Fabrik yang berasal dari pokok kapas semulajadi ini membolehkan pengaliran udara yang baik sekaligus mengelakkan haba dari terperangkap di dalam telekung. Ciri ini terdapat pada kain kapas sahaja terutamanya kain kapas india (Indian Cotton) yang lebih ringan.

 

Sepanjang 30 tahun sejak Hjh Kamariah memperkenalkan telekung smocking jahitan tangan ini, beliau tidak pernah menggunakan fabrik lain selain kapas seperti poleister, tetron, lycra, acetate, cotton campuran dan lain-lain. Ini adalah kerana kain jenis sintetik ini memerangkap udara panas dan mengumpul haba di dalam telekung sekali gus tidak memberikan keselesaan kepada pemakainya. Keadaan ini akan bertambah teruk terutama ketika cuaca panas seperti di Arafah, kerana suhu di sana boleh meningkat jauh lebih tinggi (44 darjah Celcius pada tahun 2014 dan 52 darjah Celcius pada tahun 2015 - dan dijangka lebih panas lagi pada tahun 2016 kerana musim haji berlaku pada bulan September).

 

Kami di AC sering ke luar negara bagi mencari kain-kain yang terkini di pasaran supaya kami dapat mengeluarkan berbagai corak telekung yang memenuhi citarasa para pelanggan. Fabrik Indian Cotton yang berkualiti tinggi ini biasanya dihasilkan dalam jumlah yang sangat terhad kerana proses menghasilkan fabrik ini memerlukan ketelititan yang tinggi. Koleksi AC di pasaran sentiasa berubah-ubah kerana kain kapas yang terkini di pasaran yang sentiasa bertukar.

 

Kain lapik bahagian dalam telekung yang digunakan oleh AC juga diperbuat daripada kain kapas. Annum COllection tidak pernah berkompromi untuk menggunakan kain jenis lain sejak dari dahulu lagi.Kain lapik yang digunakan oleh Annum Collection mestilah mempunyai panjang 1 1/4 meter supaya menutupi hingga ke pinggang.

 

Renda-renda Telekung Annum Collection

 

 

Renda-renda yang dipadankan adalah berkuaiti, cantik, menarik dan terkini. Renda yang digunakan Annum Collection mempunyai saiz lebar yang sukar didapati dipasaran iaitu antara 4 - 6 inchi.

 

Copyright Reserved

Malaysia Web Design